Saturday, February 26, 2011

Untitled




Dalam mimpi aku, kau datang
Selalu.

Apa maknanya? Aku risau.

Kenapa mesti aku? Kenapa aku,
Aku nampak kau sentiasa mengejar aku.
Aku kosong, aku tak punya apa-apa.
Cuma hati yang besar,
untuk orang-orang yang disayang.
Aku mahukan itu, aku mahukan ini
kau tetap mahukan yang sama.

Kenapa?

Kau punya segala, aku cuma derita.
Campak segala sisa waktu bersama,
kerana aku tak punya ingin untuk setia.
Bila aku beri percaya, kau sia-sia.
Bukan pulangannya benci,
tapi sangsi. Betul aku sangsi.
Aku mahu kau pergi, pergi jauh.
Jauh dari dua anak mata,
Jauh dari hati yang hiba.

Pergi.

0 comments:

Post a Comment